Wakaf

D Arrasyh Travel menawarkan perkhidmatan Program Ibadiasyakur Wakaf yang dilaksanakan di Kemboja dan Mekah Al-Mukarramah atau Madinah Al- Munawwarah. Melaksanakan ibadah wakaf merupakan salah satu cara ibadah dalam menghampirkan diri kepada Allah s.w.t. (taqarrub ilallah) menerusi harta kekayaan. Wakaf pada istilah atau syara’ bermaksud apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah s.w.t.. Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam. Di mana ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah s.w.t. kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

 

WAKAF TELAGA AIR DI KEMBOJA

  • Pendaftaran Program Ibadiasyakur Wakaf Telaga Air di Kemboja bagi Tahun 2018/1439H DI BUKA.
  • 1 Bahagian Wakaf Telaga Air: RM100.
  • 1 Buah/Unit Wakaf Telaga Air: RM 900.
  • Peserta akan menerima Sijil Pengesahan Perlaksanaan, dan Gambar sebagai bukti penyempurnaan ibadah wakaf.

 

WAKAF AL-QURAN (TERJEMAHAN BAHASA CHAM) DI KEMBOJA

  • Pendaftaran Program Ibadiasyakur Wakaf Al-Quran (Terjemahan Bahasa Cham) di Kemboja bagi Tahun 2018/1439H DI BUKA.
  • 1 Naskah Wakaf Al-Quran (Terjemahan Bahasa Cham): RM 100.
  • Peserta akan menerima Sijil Pengesahan Perlaksanaan, dan Gambar sebagai bukti penyempurnaan ibadah wakaf.

 

WAKAF AL-QURAN DI MEKAH AL-MUKARRAMAH/ MADINAH AL-MUNAWWARAH

  • Pendaftaran Program Ibadiasyakur Wakaf Al-Quran di Mekah Al-Mukarramah atau Madinah Al- Munawwarah bagi Tahun 2018/1439H DI BUKA.
  • 1 Naskah Wakaf Al-Quran: RM 60.
  • Al-Quran yang diwakafkan di Mekah Al-Mukarramah atau Madinah Al- Munawwarah  adalah menepati ciri-ciri Al-Quran yang dibenarkan oleh masjid (Masjid Al-Haram atau Masjid Nabawi) iaitu: Al-Quran cetakan dari Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd, Madinah (Mujamma’ al-Malik Fahd lithiba’ati al-Mushaf asy-Syarif) dan mempunyai cop kelulusan serta cetakan.
  • Peserta akan menerima Sijil Pengesahan Perlaksanaan sebagai bukti penyempurnaan ibadah wakaf.