Tentang Kami

D Arrasyh Travel & Tour Sdn Bhd telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 12 Ogos 2010, dengan nombor syarikat 911526-M, dan dimiliki 100% oleh Bumiputra. D Arrasyh Travel & Tour Sdn Bhd merupakan sebuah Agensi Pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan nombor lesen KPK/LN 7035, yang menyediakan perkhidmatan Pelancongan Dalam Negara (Inbound), Pelancongan Luar Negara (Outbound) dan Agensi Pengembaraan (Ticketing). D Arrasyh Travel & Tour Sdn Bhd juga merupakan ahli kepada Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dengan nombor keahlian MA4260.

VISI SYARIKAT

Mengeksplorasi perubahan dalam pasaran sebagai satu peluang untuk berkembang; mengadaptasi kelebihan kami di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dengan berteraskan pengembaraan dan pelancongan secara Islam.

MISI SYARIKAT

  • Menyediakan perkhidmatan dan produk yang berkualiti tinggi selaras dengan memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan berdasarkan perubahan suasana pelancongan negara.
  • Memberikan perkhidmatan dan produk yang efisien, responsif dan berkualiti kepada pelanggan seterusnya mewujudkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan.
  • Mengukuhkan perkhidmatan dan produk dengan mewujudkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan semasa berurusan dengan memegang prinsip telus, ikhlas dan amanah.

SLOGAN

“Impian Nyata Anda Bersama Kami” … menjadi keutamaan dan kewajipan bagi D Arrasyh Travel & Tour Sdn Bhd di dalam memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik serta berkualiti di dalam memenuhi impian pelanggan.