Pakej Umrah & Ziarah Mesir (Kaherah + Iskandariah)

Rancang perjalanan umrah & ziarah anda melalui kami, D Arrasyh Travel
PERGI DENGAN RASA, PULANG BERSAMA PERUBAHAN”

Jejaki Makam-Makam Nabi Allah, Ahlul Bait, Para Sahabat, Wali Allah serta Imam-Imam Besar Di Bumi Anbiya Mesir. Antaranya:

  • Makam Nabi Daniel AS, (Seorang Nabi Allah yang hidup dan meninggal di Mesir dan termasuk di antara keturunan Nabi Daud as.)
  • Makam Imam mazhab kita iaitu makam Imam As-Syafie’. Seorang ahli Fiqh, Hadis, Lughah, Penyair, Sasterawan dan pengasas ilmu Usul Fiqh.
  • Makam Sayyidah Zainab (cucu Rasulullah, saudara perempuan Hasan dan Husin, seorang yang berilmu, kuat beribadah dan pandai mengatur puitis bahasa sesuai dengan permasalahan)
  • Dan banyak lagi makam-makam Nabi Allah, Ahlul Bait, Para Sahabat, Wali Allah serta Imam-Imam Besar yang bakal diziarahi.
  • Selain itu antara tempat-tempat lawatan lain di Mesir adalah seperti: Piramid Giza, Masjid Amr Ibn al-As (masjid pertama di bina di Mesir), Masjid dan University Al-Azhar, Masjid Abu al-Abbas al-Mursi El Din, Masjid Sultan Hanafi, Kubu Qaitbay, Muntazah (Istana Raja Farouk), Kilang Kristal, Kilang Minyak Wangi, Khan Khalili, Sungai Nil, Jabal Muqattam dan lain-lain lagi tempat bersejarah yang akan diterokai.

UMRAH + MESIR JANUARI – APRIL 2020

TARIKH BILIK BER 5 / BER 4 BILIK BER 3 BILIK BER 2 PILIHAN
04 JAN – 17 JANRM 8190RM 8590RM 8990DAFTAR
19 JAN – 02 FEBRM 8190RM 8590RM 8990DAFTAR
07 FEB – 21 FEBRM 8190RM 8590RM 8990DAFTAR
15 FEB – 29 FEBRM 8190RM 8590RM 8990DAFTAR
01 MAC – 15 MACRM 8190RM 8590RM 8990DAFTAR
07 MAC – 21 MACRM 8190RM 8590RM 8990DAFTAR
30 MAC – 13 APRRM 8190RM 8590RM 8990DAFTAR
04 APR – 18 APRRM 8190RM 8590RM 8990DAFTAR

MAKLUMAT PAKEJ UMRAH + MESIR

  • Lihat sini Keterangan Pakej Umrah + Mesir
  • Wang pendahuluan (deposit) adalah sebanyak RM 500 seorang sebagai fi penempahan. Lihat sini Cara Pendaftaran dan Tempahan
  • Baki pembayaran (bayaran penuh) hendaklah dijelaskan dalam masa 45 hari sebelum tarikh penerbangan.
  • Harga kanak-kanak yang berumur 2 hingga 12 tahun adalah potongan RM 500 dari harga dewasa.
  • Bayi berumur bawah 2 tahun hanya dikenakan bayaran RM 2100.
  • Pemohon perlu menyediakan segala dokumen perjalanan dan dokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan visa umrah. Lihat sini Permohonan Visa Umrah
  • Lihat sini untuk Aturcara Perjalanan Umrah + Mesir
  • Harga tertakluk kepada pindaan dan perubahan penginapan, tambang penerbangan dan sebagainya tanpa notis
  • Tertakluk kepada Terma dan Syarat