Cara Pendaftaran dan Tempahan Pakej Umrah & Ziarah

PENDAFTARAN SECARA ATAS TALIAN

  • Lihat dan pilih tarikh, harga serta jenis pakej umrah & ziarah yang dikehendaki mengikut kesesuaian masa dan bajet anda.
  • Setelah anda pasti akan tarikh, harga serta jenis pakej umrah & ziarah yang di ingini, kemudian klik DAFTAR dan isi borang Pra Pendaftaran.
  • Setelah lengkap di isi dan di hantar, anda perlu membuat pembayaran wang pendahuluan (deposit) sebanyak RM 500 seorang sebagai fi penempahan. Bayaran wang pendahuluan (deposit) seawal mungkin akan menjamin tempat anda.
  • Bukti pembayaran perlu di Email atau WhatsApp kepada pihak syarikat.
  • Seterusnya, pihak kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan tempahan dan selanjutnya melengkapkan tempahan anda.

BAGAIMANA MEMBUAT BAYARAN

  • Anda boleh membuat pembayaran melalui Kaunter Bank Islam, Mesin Deposit Bank Islam, Secara Online Banking atau Interbank Transfer.
  • Salinan slip bayaran perlu di berikan kepada syarikat sama ada melalui Email atau WhatsApp dan seterusnya syarikat akan mengeluarkan resit/ invoice bayaran selepas pengesahan bayaran dengan pihak bank diperolehi.
  • Pemohon perlu membayar terus ke akaun syarikat seperti dinyatakan dan tidak sesekali membuat mana-mana bayaran sama ada wang pendahuluan (deposit) atau baki bayaran pakej atau bayaran tambahan lain-lain kepada Pegawai Pemasaran (Ejen) lantikan syarikat.
  • Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemohon membuat sebarang bayaran ke mana-mana akaun lain selain daripada akaun syarikat yang dinyatakan.
  • Sekiranya pemohon membuat bayaran menggunakan draft bank atau cek persendirian, syarikat berhak menahan penempahan pakej dan resit/ invoice pengesahan bayaran sehingga penunaian bayaran selesai.

MAKLUMAT BANK SYARIKAT

  • Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
  • Nama : D ARRASYH TRAVEL AND TOUR SDN BHD
  • No. Akaun : 08068010032069

PENGESAHAN BAYARAN

  • Setelah bayaran dibuat, sila tuliskan nama peserta dan tarikh serta jenis pakej di salinan slip bayaran. Seterusnya WhatsApp atau emailkan ke:
  • Email: darrasyhtravel@gmail.com / najoha_darrasyh@ymail.com
  • WhatsApp: +6012-6257185 / +6019- 4617448